wanita
Wanita bekerjaya diingat tidak lupa diri
Berita Harian, 7hb Ogos, 2003.
KUALA LUMPUR: Islam membenarkan wanita memiliki kerjaya asalkan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan agama termasuk menjaga maruah keluarga dan keselamatan diri.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata wanita boleh berkhidmat, membuat kebajikan dan perkara yang memanfaatkan dirinya jika mereka tahu bidang tugas sebenar mereka.
Bagaimanapun, katanya, wanita tidak boleh lupa diri dengan mengabaikan tanggungjawab hanya semata-mata mengejar kejayaan sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga.
"Wanita jangan salah faham dan menganggap mereka tidak mempunyai peranan penting dalam hidup.
"Sebenarnya, mereka tidak disuruh menunggu hingga diberikan tugas dan tanggungjawab sebaliknya merebut hak dan menunaikan tanggungjawab mereka yang ditetapkan oleh Islam," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pandangan Islam Terhadap Pencapaian Wanita di sini, semalam.
Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya daripada Perspektif Islam selama dua hari yang berakhir semalam dianjurkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Nooh berkata, kedudukan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk politik dan keusahawanan di Malaysia kini mencapai tahap yang membanggakan.
Beliau berkata, hampir setiap sektor pekerjaan di negara ini diisi dengan wanita dan jumlah mereka yang bekerja adalah hampir sama dengan lelaki.
"Bagaimanapun, wanita yang bekerja mestilah memelihara segala peraturan yang ditetapkan Islam supaya pencapaian mereka dalam segala bidang akan mendapat keberkatan.
"Malah, untuk menjaga keharmonian rumah tangga, wanita juga perlu mendapatkan persetujuan dan kebenaran suami dalam segala hal terutama kerjaya.
"Ini penting jika mereka mahu meneruskan kerjaya mereka dan suami juga mesti bertolak ansur dan memberi sokongan moral kepada pasangan masing- masing," katanya.
Beliau berkata, masyarakat sememangnya memerlukan khidmat dan sumbangan wanita dalam membangunkan negara, justeru mereka yang berkelayakan wajar diberi peluang dan menerima sokongan.
Oleh Zuraidah Mohamed (www.bharian.com.my )

» Leave a comment
- Your E-mail address is never displayed. If you enter it, it will only be visible to the blog author
- The line and paragraph breaks automatically